Sunday, January 24, 2016

Kanggaroo care

Assalamualaikum wbt..

Excited sangat bila nurse call tnya bila nak datang tengok baby.. Doktor mintak buat kangaroo care sebab nak bagi berat cepat naik. Excited sebab akhirnya ada jgk alasan nak kuar rumah nak tengok baby. Heeeee.. Pertama kali boleh peluk baby.. Pertama kali berani sentuh baby.. Hepi kepalang.. Bahagia sangat2 jer rasa.. Walaupun masa tu belum boleh bertahan sangat berada dalam hospital, tapi cuba kuatkan jugak semangat tuk bertahan sekurang2nya 1jam.. Masa peluk ni dapat dengar suara baby merengek-rengek.. Alahai meruntun jiwa.. Rasa nak bawak balik terus.. Tapi sebab terlampau kecik, aku sendiri pun xberani nak angkat.. Semenya nurse yang tolong buatkan.. Heeee...

Kangaroo care ni sebenarnya lebih kurang macam skin-to-skin.. Sebab dia menggalakkan sentuhan kulit ke kulit antara kita ke baby.. Antara sebab kena buat kangaroo care ni sebenarnya adalah untuk kenalkan baby pada parents dia.. Biar baby boleh rasa dan bau serta kenal siapa parents dia.. Antara kelebihan2 dia jugak, dia boleh bantu untuk stimulate susu ibu.. Selain tu jugak boleh membantu menaikkan berat badan baby. Sebab tu agak penting buat kangaroo care ni bagi bayi pramatang..

Kat HSNZ ni dia xder ruang khas tuk parents buat kangaroo care, dia jugak hanya galakkan untuk ibu2 sahaja, mungkin atas kekurangan kemudahan kat situ kot.. Tapi kali ke2 aku buat, dapatlah inchik suami temankan kat sebelah. Sebab aku takut sangat pening2 waktu tu.. Dapatlah inchik suami picit2 anak dia.. Heeeeee....

Cuma stu jer yang kena pastikan setelah selesai buat kangaroo care.. Pastikan balik suhu dalam inkubator tidak terlalu panas.. Cian baby nanti kepanasan plak. Aku pun xtahu camne boleh jadi camtu.. Maybe sebab bila dh inkubator ditinggalkan kosong, suhu kat dalam tu secara automatik boleh berubah...


Gambar kecik yang kat bawah tu dah montel dah.. Aktif yang amat.. Alhamdulillah....


Yang ni baby dh besar dh.. Lepas discharged, hari2 aku buat. Biasanya lepas subuh.. Memang lena betul dia tido.. Ibunya pun lenalah skali.. Mihmihmih... Tapi sekarang dah xmampu dah nak buat.. So, kekadang dia buat2 manja camnilah, tapi kat abah jelah sekarang.. Sebab ibu dah sesak nafas dh nak letak lama2 atas dada.. Heeeee....


Thursday, January 14, 2016

Nursing in public dan selfie

Assalamualaikum wbt..

Isu hot sekarang.. Biasa aku xamek port pun isu-isu semasa yang hot ni. Tapi tiba2 rasa membuak2 plak nak luahkan rasa hati dan pendapat sendiri.. Mihmihmih...

Nursing in public ataupun menyusu kat tempat awam, bagi aku xsalah pun asalkan segalanya tertutup. Aku pun kadang2 menyusu kat tempat awam ni.. Yelah, kalau dah xder disediakan tempat tuk menyusu, anak dah meraung2, xkan nak biarkan camtu jer kan. Lagilah macam anak aku ni.. Kadang2 dia ni demand cket.. Ada masa dia nak botol, oklah kan.. Ada masa memang dia nak nenen jer.. Ko bagilah botol cantek mana, mahal mana pun, kalau dia dah cakap xnak memang xjadi jugak... Bese aku mintak kebenaran inchik suami dulu dan kebanyakkan inchik suami yang paksa aku sambil2 tu dia yang tolong coverkan..

Tapiiiii... Aku sangat2 kurang setuju, dahlah tengah menyusu pastu upload untuk tontonan umum.. Hurmmmmm... Apakah??? Memanglah dah tutup semua, tapi korang xder rasa malu ke? Dah cantek2 menyusu dalam kete, kat tempat tertutup pastu sengaja plak dedah kt orang lain.. Hurmmmmm.... Aku dulu, doktor nak tengok pun rasa segan.. Ntah, masing2 punya pendapatkan.. Tapi kita xtahu pandangan orang lain, imaginasi orang lain.. Lagi2 orang lelaki ni.. Jangan salahkan orang lelaki ni punya otak atau imaginasi kotor kalau dah sememangnya kita yang mulakan.. Dah terang2 kita tahu, orang lelaki ni hanya punya satu nafsu jer..


Nota kaki 1 : aku, ibu yang 200% support bf lagi2lah aku yang ada anak premature ni..
Nota kaki 2 : xyah nak selfie bagai time nenen, banyak lagi cara nak ngempen breastfeeding ni..
Nota kaki 3 : menegur pun kena beradab.. Jangan guna kata2 kesat. Lagi kesat kata2, lagilah keras kepala.. Tapi bukan menegur jer kena beradab, menyusu pun kena ada adab.. Menyusu maksudnya kita bagi anak kita makankan.. Beradab kita nak bagi makan, insyaAllah, baiklah anak kita 'menerima' makanan.. Wallahualam...

Kerana mulut...

Assalamualaikum wbt..

Mulut... Senjata paling tajam sebenarnya.. Malas nak tulis panjang2.. Just peringatan tuk diri sendiri.. Yer, memang kadang2 aku rasa xpuas hati.. Tapi aku malas nak layan, nape nak sakitkan hati sendirikan.. At the end, kita jadi sama macam dia jugak.. 

Betul kata pepatah lama, kerana mulut badan binasa.. Kerana mulut jugak, perpaduan boleh jadi berpecah belah.. Suami isteri boleh bercerai berai (nauzubilahiminzalik..), hubungan adik-beradik berpecah belah, hubungan kekeluargaan kucar-kacir, silaturrahim sesama kengkawan putus.. Apatah lagi, silaturrahim sesama jiran.. Bahayakan mulut ni... 

Nak cakap, sila pandang kiri kanan.. Nak sampaikan sesuatu, sila periksa sahihnya, betul ke idok.. Nak tutup kesalahan sendiri jangan sampai nak burukkan orang lain.. Nak buat cerita pun, biar sampai logik.. Jangan kerana xpuas hati, nak tutup kesalahan sendiri, nak tunjuk keburukan orang lain, nak bagi seme orang pandang buruk, sanggup reka cerita macam2.. Ingat2lah, reka cerita ni kadang2 boleh jadi fitnah.. Dosa fitnah tu faham2 sendirilah yer.. Dosa dengan ALLAH, kita boleh mintak ampun, kita boleh taubat, sebab ALLAH tu lagi maha pengampun dan penyayang.. Tapi dosa dengan manusia ni ALLAH xampunkan selagi orang tu xmaafkan.. Merangkaklah kita esok2 nak mencari kat padang mahsyar... Fuhhhhh.... Takut kadang2 aku fikirkan.. Sejak berkeluarga ni, aku sangat2 menjaga mulut.. Selalu beringat, dah jadi ibu, dah punya zuriat.. Aku xmoh keturunan turut kena tempias dek kerana mulut aku.. Sebab aku percaya pada "karma".. Akibatnya kalau xkena pada kita, mungkin kena pada anak2 kita, menantu kita mahupun cucu cicit kita.. Nauzubillahiminzalik.. Mintak ALLAH jauhkanlah dari aku dan semua orang2 yang aku sayang.. Aminnnn....


Nota kaki 1 : apa salahku???
Nota kaki 2 : less respect, less love.. 

Monday, January 11, 2016

Stok EBM : Pencarian breast pump...

Assalamualaikum wbt..

Memang dari awal pregnant aku dah niat nak dapatkan breast pump bila dah setel seme barang2 baby, tapi memandangkan barang baby pun xsempat buat persediaan apatah lagi breast pumpkan.. Jadinya, bila dah jadi macam ni memang sangat2 memerlukan breast pump.. Awal2 bersalin, aku just marmet jer macam yang nurse ajar.. Last2, xlarat dah nak marmet.. Lagi2 masa tu masih menjadi penghuni wad bersalin. Sobss.. Antara sebabnya, syndrom parkinson aku yang xsudah2.. Tanya doktor pun sampai ke discharged xdapat jawapan..

Akhirnya, aku mesej inchik suami suruh belikan breast pump.. Xkisahlah apa jenis pun.. Time tu aku just fikir yang senang jer, so mintak dia belikan yang manual jer.. Yelah, mana nak plug in kan kalau dah dalam wad.. Nse pun bese inchik suami yang tolong chargedkan kat dalam kereta. So, inchik suami belikanlah untuk aku breast pump manual.. Gigihlah aku mengepam untuk hantar kat baby.. Tetapi yang lagi gigih adalah inchik suami.. Tambahan, breast pump manual ni memang banyak guna tenaga tangan. Dia yang banyak tolong aku untuk pam.. Heeee... Tenkiu husband.. Yelah, demimu si anak kesayangan... 

So, inilah breast pump pertama aku..



Jenama unimom.. Pandai jugak inchik suami belikan.. Agak selesa dengan pam ni, cuma biasalahkan sebab ianya pam manual.. Memang kena perah tenaga cketlah.. Tapi oleh sebab time ni, susu masih lagi meriah, so xder masalah tuk pakai pam ni.. Pam sekejap jer pun dah penuh...

Tapi, xlama sangat pun aku pakai pam ni.. Susu aku dah tetiba merudum.. Awalnya aku ingatkan sebab pam ni dah xsesuai dah. Lagipun, pelapik getah tu dah semacam longgar dan dah kurang mencengkam.. So, kitorang decide nak cari dan beli breast pump yang baru. Gigihlah kitorag google macam2 jenis breast pump.. Dan ada satu jenis tu yang kitorang berkenan, tapi harga dia.. Mak aihhhh... Dikuar kemampuan.. Sobss... Oleh kerana dah malas dah nak godek2 google, kitorang pun survey kat kedai jer... Balik dari hospital, terus g kedai baby. Xkira dah masa tu masih dalam pantang ke apa.. 

Langkah kanan kot.. Ada promosi tuk breast pump.. Aku dah apalagi terus rembat jer yang ada.. Hehehe... Kekonon nak yang medela, tapi...... (Time tu inchik suami memang dah xkeje.. Start dari aku duk ulang-alik masuk hospital lagi dah dia xkeje, sampailah aku abih pantang.. So, berjimat-cermatlah kitorang). Jadinya aku amek mana yang dalam bajet jer.. 




Single electric Breast pump Autumnz yang jadi pilihan.. Lagi2 sebab dia ada free tuk manual breast pump. Bagi pandangan akulah, walaupun mungkin dia xse best medela, tapi aku agak suka breast pump ni. Xyah dah susah2 nak perah tenaga.. Aku pakai breast pump ni sampailah anak aku dah discharged.. Bila dah discharged, dah terus masuk almari jadi hiasan.. Heeeee... Sebab aku dah xsempat dah nak pam dan buat stok ni seme.. Baby aku memang tersangatlah kuat menyusu.. So, memang aku xder ruang waktu tuk pam pun.. Lagi2lah, bila susu xreti2 nak meriah balik. Sobss...


Nota kaki 1 : antara bukti peperangan mengepam susu.. Sebelum baby discharged, pantang ada ruang mesti duk pam susu jer kerja.. 
Nota kaki 2 : harta berharga..
Nota kaki 3 : seme gambar2 di atas adalah ehsan mr google.. Aku malas nak snap gambar breast pump aku. Sebab semenya dah masuk dalam kotak.. Heeee...






Sunday, January 10, 2016

Genap 11bulan c.a 8bulan 23hari

Assalamualaikum wbt..

070116 
Alhamdulillah.. Dah genap 11bulan dah anak syurga aku ni.. Dah pandai meniarap + mengesot dan sekarang dah mula belajar merangkak.. Sangatlah aktif.. Huwaaaaa.... Xterkejar dah ibu ni. Xyah dah nak pakai produk selim melim dah sememangnya kurus cikiding dah jadinya..

Peristiwa di subuh hari...


Lebam dipipi semacam telah berlaku penderaan... Huuuuuuu.... Abih dah kehenseman anak ibu tercalar.. 

Oleh kerana dah aktif sangat, cengginilah jadinya.. Subuh tu, macam biasalah, memang dia akan bangun menyusu.. Dan sememangnya sampai sekarang memang dia kerap bangun menyusu, kekadang 2,3 jam sekali memang dia akan bangun.. Dan memang wajib dia bangun sebelum subuh. So, kira si kecik ni dah jadi alarm tetap aku.. Bila dh siap menyusu seme, kebiasaan dia, dia akan peluk abah dia kat sebelah.. Masa tu aku tengok dia masih mamai2 lagi.. Aku pun tinggalkanlah dia sambil pesan suruh tido sambil peluk abahnya, sebab aku dah nak turun ke dapur sediakan sarapan sebelum abah dia siap2 nak pegi keje.. So, aku assumelah, xkan ada something yang berlaku sebab kebiasaan dia, subuh2 hari memang dia akan kacau abah dia tido sampailah abah dia bangun.. Paling x pun, dia akan merengek2 camtu jer... Cenggitulah setiap hari kebiasaannya...

Tengah aku duk pikir-pikir nak masak apa sambil2 keluarkan apa yang ada, tiba2.... DDuuuummmm... Gedebakkkk... Bunyi cam nangka jatuh.. Aku dah, "ya Allah, anak akuuu..." Terus aku berlari naik ke bilik.. Jantung dah gugur kat luar dah rasanya... Sobss...

Inchik suami yang tengah syok tido, terus bingkas bangun.. Abih hilang seme ngantuk.. Anak aku pun dah didukungnya.. Nanges bukan main kuat. Memang sakitlah tu sebab anak aku ni jenis lasak, terhantuk kepala kat dinding pun xnanges. Dengan ibunya sekali pun menangis. Sobs... Terus terbantut nak masak.. Ayam dah ke mana, sayur pun dah ke mana... Inchik suami pun terus xjadi nak g keje.. Kitorang siap2 terus bawak pegi hospital. Masa tu muka anak aku dah mula naik lebam dan sedikit bengkak, tapi dah boleh senyum2 dah dan bergerak aktif macam biasa.. Sampai di hospital, xde orang sangat. Aku dah lega, xyah nak tunggu lama2 kan. Tunggu sekejap jer terus dah boleh masuk.. Tapi xsampai pun 5minit diorang check, diorang mintak kitorang keluar dan tunggu sekejap.. Hurmmmm.. Sekejap pun xsekejap jugaklah.. Sampai 2jam lebih dah terconggok kat luar. Dari xder orang sampailah orang dah ramai.. Aku pun xtahu nak kena tunggu kenapa.. Kitorang dah panas punggung dah tambah2 lagi si kecik dah merengek2 dah sebab memang time ni time dia tido.. Dan jenis dia ni agak payah kalau tido kat tempat orang.. Perut pun dah berdangdut dah. Sobsss... So, inchik suami pun jenguk kat dalam.. Still diorang suruh tunggu sebab katanya doktor tengah rawat pesakit emergency.. Kitorg dah macam errrrrkk.. Nape time xder orang tadi, xnak check awal2... Macam2 boleh jadikan.. Anak aku pun, emergency jugak.. Kalau xsakit, kitorang xkan bawak g hospital.. So, kitorg just tunggu tuk 15 - 20 minit camtu jer then kitorg blah sebab still xnampak bayang2 pun lagi. Keluar hospital then terus tuju ke klinik swasta.. Klinik ni memang agak costly sebab dia klinik pakar keluarga.. Tapi kitorg pernah pegi dan survice dia sangatlah puas hati. Xyah, nak tunggu lama pun, terus dah boleh jupe doktor. Alhamdulillah, xde apa2 yang membimbangkan cuma doktor tuk pantau si kecik if ada muntah2 ataupun demam.. Batulah lega kitorg dengar penerangan doktor.

Balik klinik, anak aku dah macam ok dah walaupun muka dia masih lagi lebam2.. Inchik suami plak, sebab dah xpegi keje terus ajak kitorg g pusing2 kat zoo mini kemaman... Hoyeeehhhh.. Upah jatuh katil katanya.. Mihmihmih... Tapi xder apa yang menarik sangat pun kat zoo tu.. Binatang ada macam2 tapi setiap jenis tu ada sekor camtu jer.. Dan aku tengok kebanyakkannya macam xhepi jer. Macam xterurus pun ada. Nape ntah diorg.. Cian plak aku tengok.. 


Nota kaki 1 : alhamdulillah, anak aku aktif jer sepanjang hari tu macam biasa.. Harap2, xde apa2lah dia..

Nota kaki 2 : sorry sayang.. Ibu mintak maaf sangat2.. Tiba2 rasa macam failed jer jadi ibu bila anak dapat kecederaan. Sobsobsobs...

Monday, December 28, 2015

Perjalanan penyusuan seorang NICU fighter

Assalamualaikum wbt...

Sememangnya dari start aku dapat tahu nak dapat orang baru, aku dah berniat nak fully bf. dan alhamdulillah, selepas melahirkan memang susu sangat melimpah-ruah sampai baju seragam hospital aku basah lenjun.. Heeeee... Bersyukur sangat2 waktu tu... Awal2 bersalin, aku macam terlupa plak yang aku dah bersalin.. Ngeeeee... Yelah, dah anaknya xder kt sisi kan.. Campur lagi, doktor duk runsing BP aku yang xstabil2 lagi sampai diorg sendiri pun dah buntu dah nak buat apa.. Ubat dah sememangnya dos paling maksimum masa tu.. Korang bayangkan, dalam sehari aku kena telan lebih kurang 18biji sehari.. Belum campur lagi dengan ubat tahan sakit.. Dan sebenarnya salah satu jenis ubat tu, body aku xley nak terima tetapi aku cuba bertahan sebab setakat masa tu, ubat tu jer yang boleh buat BP aku agak menurun. So, aku "tipu sunat" jelah ngan doktor cakap aku okay.. (P/s : makan ubat tu yg buat aku makin poning.. Acane??? Cakap ngan diorg kalau xmakan ubat aku okay jer diorg xcaya..)

Awal2 pagi husband dapat kebenaran doktor tuk masuk tengok aku.. Alasan dia, doktor kat NICU nak susu.. Aku dah, "hah! Nak susu, camne nak buat ni???" Heeee... Bermulalah episod aku sebagai bf mommy.. Ececece... Tapi xdapatlah nak direct feedingkan.. Awal2 tu kekok jugak sebab xtahu nak buat camne kan. Picit punya picit memang xmoh kluar. Sobs.. Aku dah gelabah tahap apa dah.. Cian kat baby lapar.. Alhamdulillah, nasib baik doktor dengan nurse yang ada sangatlah membantu dan support bf. diorg yang ajar camne nak marmet.. Yang nurse tu ciap tolong urutkan lagi.. Dapatlah kuar cket susu yang awal tu.. Doktor cakap xpe, okaylah tu.. Dah sememangnya yang tu yang keluar.. Yang pertama kali keluar memang cket tetapi memang sangat penting tuk baby baru lahir.. Dan begitulah rutin harian inchik suami sepanjang aku kat wad.. Hantar bekalan susu daripada wad 3 ke NICU.. Tenkiu husband... Luv u!

Inchik suami orang yang paling kuat support aku.. Yer, memang ada up down aku untuk buat stok terutama bila aku dah ada kt rumah.. Yelah, maybe syndrom "dalam pantang" tu ada jugak kot cket2. Ntah, maybe sebab stress anak duk jauh, pastu stress xley kuar tengok anak, pastu stress xleh makan banyak2.. Stress kena marah sebab xduk diam. Sobs.. Dan Tetiba jer susu aku merudum.. Nak dapat 1oz pun menanges aku.. Macam2 dah aku buat. Doktor pun dah ciap bagi ubat untuk tambah susu, kata doktor memang normal terputus susu sebab baby xpenah suction. So, inchik suami pujuk hati aku ni, xmoh bagi stress2, doktor xkan biarkan baby lapar.. Diorg memang dah sediakan susu special diorang.. Aku pun pasrah jelah...

Aku yang dah sememangnya stress susu dah merudum, dah xleh nak buat stok banyak2 dah, dapat plak call dari hospital.. Baby aku xcukup susu sebab diorg dah tambah waktu menyusu dan jumlah susu, tambahan plak baby aku reject susu hospital.. Memang dia minum tapi lepas tu dia akan muntahkan balik susu tu.. Aku dah menanges dah bila dengar macam tu.. Dan aku tetap gigih mengepam hari demi hari walaupun kadang2 keluar angin jer lebih. Dari marmet, pam murah sampailah pam yang mahal kitorg beli.. Dan kadang2 pihak hospital terpaksa topup jugak susu diorng.. Sampailah baby aku dipindahkan ke SCN.. Alwayss alwayss sedapkan hati, susu hospital memang dah sememangnya khas tuk baby yang macam baby aku kan, xkan doktor sebarangan nak bagikan.. Hari2, doa dan tawakal semoga baby aku baik2 sahaja.. Aminnnn...

Bila dah rooming skali pun, masih tetap macam tu.. Doktor pakar pun dah bagi kebenaran tuk bagi fm. Tambahan masa tu berat baby aku drop sebab terlalu lama df.. Baby prem ni memang bila df dia akan menggunakan tenaga.. Banyak manalah tenaga yang dia adakan. Sampai kekadang baby tertidur bukan sebab kenyang tapi sebab letih menyusu. So, aku memang pasrah dah terpaksa bagi baby minum fm. Sampailah baby dah boleh discharged.. Aku tetap bf walaupun campur jugak fm cuma aku lebihkan bf sampailah sekarang usia dia dah masuk 10bulan ++.. Korang doakan aku mampu tuk bf baby aku sampai usia dia yang sepatutnya yer..

Pencarian susu fm.. Gambar ehsan dari Mr google.. Aku pakai susu ni.. Memang susu khas tuk pramatang. Dalam sehari aku cuma bagi 2x jer.. Yang selebihnya memang bf.. Kenapa aku pilih susu ni?? Sebab brand susu ni jer yang aku jumpa kat terengganu ni. So, nak xnak memang aku kena pilih susu yang ni jelah.. Memang agak mahal harga dia. Sobss, tetapi demimu anak kami sanggup...

Nota kaki 1 : aku sememangnya salute pada bf mommy..
Nota kaki 2 : susu fm bukan xelok, tetapi susu ibu tetap yang terbaik.. xdelah sampai nak mewarisi DNA lembu.. Kalau dah mewarisi, xkanlah digunakan sampai sekarang.. 
Nota kaki 3 : semoga baby aku tetap menjadi anak yang soleh xkisahlah susu apa pun yang dia minum.. Dan ibu sentiasa berusaha untuk kekalkan susu ibu untuk anak kesayangan ibu ni sorang..