Mulut... Senjata paling tajam sebenarnya.. Malas nak tulis panjang2.. Just peringatan tuk diri sendiri.. Yer, memang kadang2 aku rasa xpuas hati.. Tapi aku malas nak layan, nape nak sakitkan hati sendirikan.. At the end, kita jadi sama macam dia jugak..
Betul kata pepatah lama, kerana mulut badan binasa.. Kerana mulut jugak, perpaduan boleh jadi berpecah belah.. Suami isteri boleh bercerai berai (nauzubilahiminzalik..), hubungan adik-beradik berpecah belah, hubungan kekeluargaan kucar-kacir, silaturrahim sesama kengkawan putus.. Apatah lagi, silaturrahim sesama jiran.. Bahayakan mulut ni...
Nak cakap, sila pandang kiri kanan.. Nak sampaikan sesuatu, sila periksa sahihnya, betul ke idok.. Nak tutup kesalahan sendiri jangan sampai nak burukkan orang lain.. Nak buat cerita pun, biar sampai logik.. Jangan kerana xpuas hati, nak tutup kesalahan sendiri, nak tunjuk keburukan orang lain, nak bagi seme orang pandang buruk, sanggup reka cerita macam2.. Ingat2lah, reka cerita ni kadang2 boleh jadi fitnah.. Dosa fitnah tu faham2 sendirilah yer.. Dosa dengan ALLAH, kita boleh mintak ampun, kita boleh taubat, sebab ALLAH tu lagi maha pengampun dan penyayang.. Tapi dosa dengan manusia ni ALLAH xampunkan selagi orang tu xmaafkan.. Merangkaklah kita esok2 nak mencari kat padang mahsyar... Fuhhhhh.... Takut kadang2 aku fikirkan.. Sejak berkeluarga ni, aku sangat2 menjaga mulut.. Selalu beringat, dah jadi ibu, dah punya zuriat.. Aku xmoh keturunan turut kena tempias dek kerana mulut aku.. Sebab aku percaya pada "karma".. Akibatnya kalau xkena pada kita, mungkin kena pada anak2 kita, menantu kita mahupun cucu cicit kita.. Nauzubillahiminzalik.. Mintak ALLAH jauhkanlah dari aku dan semua orang2 yang aku sayang.. Aminnnn....
Nota kaki 1 : apa salahku???
Nota kaki 2 : less respect, less love..
No comments:
Post a Comment