Monday, January 11, 2016

Stok EBM : Pencarian breast pump...

Assalamualaikum wbt..

Memang dari awal pregnant aku dah niat nak dapatkan breast pump bila dah setel seme barang2 baby, tapi memandangkan barang baby pun xsempat buat persediaan apatah lagi breast pumpkan.. Jadinya, bila dah jadi macam ni memang sangat2 memerlukan breast pump.. Awal2 bersalin, aku just marmet jer macam yang nurse ajar.. Last2, xlarat dah nak marmet.. Lagi2 masa tu masih menjadi penghuni wad bersalin. Sobss.. Antara sebabnya, syndrom parkinson aku yang xsudah2.. Tanya doktor pun sampai ke discharged xdapat jawapan..

Akhirnya, aku mesej inchik suami suruh belikan breast pump.. Xkisahlah apa jenis pun.. Time tu aku just fikir yang senang jer, so mintak dia belikan yang manual jer.. Yelah, mana nak plug in kan kalau dah dalam wad.. Nse pun bese inchik suami yang tolong chargedkan kat dalam kereta. So, inchik suami belikanlah untuk aku breast pump manual.. Gigihlah aku mengepam untuk hantar kat baby.. Tetapi yang lagi gigih adalah inchik suami.. Tambahan, breast pump manual ni memang banyak guna tenaga tangan. Dia yang banyak tolong aku untuk pam.. Heeee... Tenkiu husband.. Yelah, demimu si anak kesayangan... 

So, inilah breast pump pertama aku..



Jenama unimom.. Pandai jugak inchik suami belikan.. Agak selesa dengan pam ni, cuma biasalahkan sebab ianya pam manual.. Memang kena perah tenaga cketlah.. Tapi oleh sebab time ni, susu masih lagi meriah, so xder masalah tuk pakai pam ni.. Pam sekejap jer pun dah penuh...

Tapi, xlama sangat pun aku pakai pam ni.. Susu aku dah tetiba merudum.. Awalnya aku ingatkan sebab pam ni dah xsesuai dah. Lagipun, pelapik getah tu dah semacam longgar dan dah kurang mencengkam.. So, kitorang decide nak cari dan beli breast pump yang baru. Gigihlah kitorag google macam2 jenis breast pump.. Dan ada satu jenis tu yang kitorang berkenan, tapi harga dia.. Mak aihhhh... Dikuar kemampuan.. Sobss... Oleh kerana dah malas dah nak godek2 google, kitorang pun survey kat kedai jer... Balik dari hospital, terus g kedai baby. Xkira dah masa tu masih dalam pantang ke apa.. 

Langkah kanan kot.. Ada promosi tuk breast pump.. Aku dah apalagi terus rembat jer yang ada.. Hehehe... Kekonon nak yang medela, tapi...... (Time tu inchik suami memang dah xkeje.. Start dari aku duk ulang-alik masuk hospital lagi dah dia xkeje, sampailah aku abih pantang.. So, berjimat-cermatlah kitorang). Jadinya aku amek mana yang dalam bajet jer.. 




Single electric Breast pump Autumnz yang jadi pilihan.. Lagi2 sebab dia ada free tuk manual breast pump. Bagi pandangan akulah, walaupun mungkin dia xse best medela, tapi aku agak suka breast pump ni. Xyah dah susah2 nak perah tenaga.. Aku pakai breast pump ni sampailah anak aku dah discharged.. Bila dah discharged, dah terus masuk almari jadi hiasan.. Heeeee... Sebab aku dah xsempat dah nak pam dan buat stok ni seme.. Baby aku memang tersangatlah kuat menyusu.. So, memang aku xder ruang waktu tuk pam pun.. Lagi2lah, bila susu xreti2 nak meriah balik. Sobss...


Nota kaki 1 : antara bukti peperangan mengepam susu.. Sebelum baby discharged, pantang ada ruang mesti duk pam susu jer kerja.. 
Nota kaki 2 : harta berharga..
Nota kaki 3 : seme gambar2 di atas adalah ehsan mr google.. Aku malas nak snap gambar breast pump aku. Sebab semenya dah masuk dalam kotak.. Heeee...






No comments:

Post a Comment