Monday, May 26, 2014

TTC - trying to conceive

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... hari ni dh genap sebulan.. alhamdulillah... mcm2 dh rs, gaduh, merajuk.. hurmmm... best jgk.. ngeh ngeh ngeh.... haip, sila jg tertib diri... hri ni pagi-pagi dah terbaca sumtink yang agak bermakna.. so, rasa nk kongsi kt sini, senang tuk rujukan sendiri dan kawan2 jgk.. sebab fikir2 takut lepas ni dh xjupe plak nnti kan...

okay, sblm ni aku xpenah tahu pn TTC tu apa.. kdg2 tertanya-tnya jgk tapi abaikan jer.. tp sekarang dh xley nk abaikan dah.. sbb dh masuk frasa tuk ambil tahu.. TTC ni adalah singkatan daripada trying to conceive, klu dalam bahasa melayu kte ni cuba tuk hamillah kan.. so, entry kali ni aku nk kongsi ngan korg apa yang aku bc td.. sharing is caring kan... ^__^

info ni seme aku copy paste jer.. mls nk edit + taip balik... heeee.. jom, tambah ilmu... sambil2 tu blh amalkan... 

TTC or trying to conceive... ialah keadaan di mana wanita sedang cuba utk mendapatkan zuriat atau cuba untuk hamil. ada pelbagai kaedah dan cara yang boleh dilakukan oleh anda dalam usaha untuk hamil dan mendapatkan zuriat. terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh anda sebagai ikhtiar/ usaha untuk hamil.


MENGETAHUI HARI-HARI SUBUR

jika anda ingin hamil, anda perlulah dalam keadaan subur. Maka, anda boleh bersama suami bermula sehari sebelum hari subur (ovulasi) kerana sperma boleh hidup hingga tiga hari di dalam rahim wanita. berikut merupakan beberapa cara untuk mengetahui anda dalam keadaan subur (fertile).

  1. BBT - Body basal temperature method. iaitu carta hari kesuburan berdasarkan suhu badan. kerana suhu badan cenderung lebih tinggi pada hari-hari subur (fertile). Sebenarnya, hari subur setiap wanita tidak sama seperti yang anda selalu ingat, iaitu hari ke 7-15 hari dari hari pertama datang bulan (period). tidak, hari subur wanita adalah bergantung pada cycle masing-masing :D. contoh, jika cycle period anda 35 hari, mungkin hari subur anda bermula hari ke 15 dari hari pertama period. cara untuk kaedah ini: -pertama, ambil suhu badan bermula dari hari pertama period dan rekodkan, minimakan pergerakan anda setelah bangun dari tidur. paling senang, letak thermometer bawah bantal. pastikan jika anda TTC, tidur harus cukup. bangun tidur, terus capai thermometer bawah bantal dan ambil suhu ketika anda masih berbaring. - kedua, rekodkan suhu anda. - ketiga, bangunlah seperti biasa :DAda beberapa perkara yang menyebabkan bacaan BBT tidak tepat, seperti merokok, mengambil alkohol, tidur yang tidak cukup, demam, dan terlalu banyak bergerak. selepas beberapa bulan, anda akan tahu carta hari kesuburan anda. dan buatlah perkara yang sepatutnya. :P.
  2. Calendar Method - merekodkan hari-hari anda datang bulan untuk menentukan jumlah hari dalam kitaran haid. bulatkan hari pertama anda datang bulan pada kalendar. hal ini penting untuk mengetahui cycle pattern anda :D- untuk mengetahui hari anda paling subur ambil satu bulan lengkap kitaran pada kalendar (dari tanda bulatan pertama dan tanda bulatan berikutnya). ambil 7 hari pada tengah2 masa antara kedua tarikh ini. setelah beberapa bulan mencuba kaedah ini, anda akan dapat mengetahui kitaran anda dan tahu bila masa anda subur
  3. Cervical Mucus - Lendiran. Apabila anda pada kemuncak hari subur, vagina anda akan mengeluarkan mukus/lendiran jernih lebih banyak daripada biasa. hal ini merupakan indikator kesuburan anda. bila telur (ovum) mula matang, akan terhasil lebih banyak mukus pada vagina. 
rujukan:
- bacaan-bacaan lampau
  
POSISI HUBUNGAN KELAMIN

Hubungan kelamin (seks) antara suami isteri adalah suatu ibadah yang perlu di nikmati dengan positif dan mesra. Lebih-lebih lagi jika anda ingin memiliki zuriat, terdapat beberapa posisi terbaik untuk anda:
  1. Missionary position
  2. Woman on top
  3. Hands and Knees (doggie)
namun di dalam Islam, terdapat posisi persetubuhan yang baik berserta adab-adab ketika bersama seperti mengambil wudhu, dan doa adalah penting kerana persetubuhan juga merupakan suatu ibadah, rezeki yang halal, menjadi rahmat dan menggugurkan dosa antara kedua-dua suami dan isteri.

posisi yang digalakkan di dalam Islam:

  1. Perempuan berbaring di sebelah bawah (missionary position) dan lelaki di sebelah atas,diletakkan kedua kaki lelaki antara kedua kaki perempuan, dan paha perempuan di atas paha lelaki.
  2. perempuan berbaring di sebelah bawah dan kepala dan bawah pinggangnya diletakkan bantal. himpunkan kedua-dua paha ke paras dada dan bersetubuhlah seperti biasa.
kedua-dua cara ini adalah baik terutama bagi menjamin mengalirnya air mani masuk ke faraj wanita dan mengurangkan pembaziran dan sangat di cadangkan bagi proses kehamilan (persenyawaan benih) dan baik juga bagi mereka yang bermasalah untuk hamil.

Namun begitu, posisi selepas hubungan ini juga penting dalam memastikan kedua-dua sperma dan ovum ini tersenyawa seperti meletakkan bantal kecil di bawah punggung dan berbaring lah dengan rilek selama 20minit. ramai yang tergesa-gesa bangun selepas bersama. air mani akan tumpah dan keluar dari rahim. gunakan masa ini untuk pillow talk bersama suami. therefore... jangan stress dan terlalu fokus untuk mendapatkan zuriat semata-mata kerana boleh menyebabkan anda stress. jika stress. akan memberi kesan negatif terhadap minda dan tubuh badan, dan mungkin juga kemesraan anda dan suami :)rujukan:
- Buku : Amalan-amalan semasa mengandung (cara mendapat zuriat yang baik) dan himpunan nama-nama pilihan dalam Islam terbitan Pustaka Ilmi.
- lain-lain bacaan lampau

DIET DAN KESIHATAN

kesihatan dan diet amat penting dalam membantu kesuburan. jika tubuh badan sihat, InsyaAllah proses kemenjadian zuriat akan lebih mudah. bersenam lah secara berkala sekurang-kurang nya memilih tangga berbanding elevator/ escalator. Parking di tempat yang agak jauh sedikit di tempat kerja. dan berjogging lah pada setiap petang/hujung minggu supaya tubuh badan anda sihat dan 'fit'. malah jika anda fit sebelum hamil, anda akan kurang mengalami masalah letih semasa mengandung dan mampu bergerak aktif. berat badan juga mempengaruhi kesuburan di mana jumlah lemak didalam badan perlu dalam 17%- 21% untuk tubuh kita berovulasi secara teratur. maka jagalah berat badan masing-masing jika anda TTC.

kesihatan di sini juga termasuk kesihatan minda. tubuh dan minda yang sihat akan menghasilkan hormon yang juga baik untuk badan. sentiasa berfikiran positif dan elakkan stress. kebanyakan dari kita stress/ tertekan terutama sekali soalan-soalan sensitif sering di ajukan "bila lagi nak dapat anak?". usah bimbang... ketahui bahawa anak itu merupakan rezeki Allah... mungkin, jika belum sampai rezeki anak. Allah telah dahulukan rezeki lain pula pada kita, seperti harta, pekerjaan, untung dalam perniagaan. dalam pada itu, banyakkan bersedekah kerana sedekah juga boleh memperbanyak rezeki, InsyaAllah salah satunya rezeki anak :)

dari segi diet, jagalah pemakanan dan ambil tahu tentang makanan yang membantu kesuburan. ramai yang tahu Folic acid amat penting bagi ibu yg TTC. FOlic acid ini boleh di dapati dalam bentuk pil atau makanan segar seperti buah nenas yg ranum dan sebagainya seperti pengambilan vitamin yang seimbang. selain itu, terdapat juga makanan yang membantu mempertingkat kualiti benih . perlu diingatkan kuantiti air mani yg banyak tidak menjamin jumlah sperma yang berkualiti. melalui pemakanan, menghentikan tabiat merokok, serta selalu bersenam mampu membantu meningkatkan kualiti benih. antara contoh makanan yang membantu meningkatkan kesuburan:
- Durian belanda
- betik - mengandungi antioksidan dan vitamin C dan E. baik untuk kualiti sperma.
- tauge
- daging ayam - kandungan protein
- buah dan sayuran berwarna cerah
- minyak zaitun
- sayuran hijau
- makanan tinggi kalsium
- dan sebagainya

rujukan:
- bacaan lampau dari buku-buku dan majalah-majalah

BERUSAHA DAN BERDOA

Selalulah berdoa kepada Allah agar dipercepatkan zuriat yang soleh/solehah serta sihat walafiat. kerana Allah merupakan pemberi rezeki. di samping terus berusaha menjaga pemakanan, kesihatan dan juga mungkin perlu perubahan gaya hidup seperti berhenti merokok (terutama bagi suami). maka, janganlah cepat berputus asa dan berhenti berusaha.

No comments:

Post a Comment