Assalamualaikum wbt..
070116
Alhamdulillah.. Dah genap 11bulan dah anak syurga aku ni.. Dah pandai meniarap + mengesot dan sekarang dah mula belajar merangkak.. Sangatlah aktif.. Huwaaaaa.... Xterkejar dah ibu ni. Xyah dah nak pakai produk selim melim dah sememangnya kurus cikiding dah jadinya..
Peristiwa di subuh hari...
Lebam dipipi semacam telah berlaku penderaan... Huuuuuuu.... Abih dah kehenseman anak ibu tercalar..
Oleh kerana dah aktif sangat, cengginilah jadinya.. Subuh tu, macam biasalah, memang dia akan bangun menyusu.. Dan sememangnya sampai sekarang memang dia kerap bangun menyusu, kekadang 2,3 jam sekali memang dia akan bangun.. Dan memang wajib dia bangun sebelum subuh. So, kira si kecik ni dah jadi alarm tetap aku.. Bila dh siap menyusu seme, kebiasaan dia, dia akan peluk abah dia kat sebelah.. Masa tu aku tengok dia masih mamai2 lagi.. Aku pun tinggalkanlah dia sambil pesan suruh tido sambil peluk abahnya, sebab aku dah nak turun ke dapur sediakan sarapan sebelum abah dia siap2 nak pegi keje.. So, aku assumelah, xkan ada something yang berlaku sebab kebiasaan dia, subuh2 hari memang dia akan kacau abah dia tido sampailah abah dia bangun.. Paling x pun, dia akan merengek2 camtu jer... Cenggitulah setiap hari kebiasaannya...
Tengah aku duk pikir-pikir nak masak apa sambil2 keluarkan apa yang ada, tiba2.... DDuuuummmm... Gedebakkkk... Bunyi cam nangka jatuh.. Aku dah, "ya Allah, anak akuuu..." Terus aku berlari naik ke bilik.. Jantung dah gugur kat luar dah rasanya... Sobss...
Inchik suami yang tengah syok tido, terus bingkas bangun.. Abih hilang seme ngantuk.. Anak aku pun dah didukungnya.. Nanges bukan main kuat. Memang sakitlah tu sebab anak aku ni jenis lasak, terhantuk kepala kat dinding pun xnanges. Dengan ibunya sekali pun menangis. Sobs... Terus terbantut nak masak.. Ayam dah ke mana, sayur pun dah ke mana... Inchik suami pun terus xjadi nak g keje.. Kitorang siap2 terus bawak pegi hospital. Masa tu muka anak aku dah mula naik lebam dan sedikit bengkak, tapi dah boleh senyum2 dah dan bergerak aktif macam biasa.. Sampai di hospital, xde orang sangat. Aku dah lega, xyah nak tunggu lama2 kan. Tunggu sekejap jer terus dah boleh masuk.. Tapi xsampai pun 5minit diorang check, diorang mintak kitorang keluar dan tunggu sekejap.. Hurmmmm.. Sekejap pun xsekejap jugaklah.. Sampai 2jam lebih dah terconggok kat luar. Dari xder orang sampailah orang dah ramai.. Aku pun xtahu nak kena tunggu kenapa.. Kitorang dah panas punggung dah tambah2 lagi si kecik dah merengek2 dah sebab memang time ni time dia tido.. Dan jenis dia ni agak payah kalau tido kat tempat orang.. Perut pun dah berdangdut dah. Sobsss... So, inchik suami pun jenguk kat dalam.. Still diorang suruh tunggu sebab katanya doktor tengah rawat pesakit emergency.. Kitorg dah macam errrrrkk.. Nape time xder orang tadi, xnak check awal2... Macam2 boleh jadikan.. Anak aku pun, emergency jugak.. Kalau xsakit, kitorang xkan bawak g hospital.. So, kitorg just tunggu tuk 15 - 20 minit camtu jer then kitorg blah sebab still xnampak bayang2 pun lagi. Keluar hospital then terus tuju ke klinik swasta.. Klinik ni memang agak costly sebab dia klinik pakar keluarga.. Tapi kitorg pernah pegi dan survice dia sangatlah puas hati. Xyah, nak tunggu lama pun, terus dah boleh jupe doktor. Alhamdulillah, xde apa2 yang membimbangkan cuma doktor tuk pantau si kecik if ada muntah2 ataupun demam.. Batulah lega kitorg dengar penerangan doktor.
Balik klinik, anak aku dah macam ok dah walaupun muka dia masih lagi lebam2.. Inchik suami plak, sebab dah xpegi keje terus ajak kitorg g pusing2 kat zoo mini kemaman... Hoyeeehhhh.. Upah jatuh katil katanya.. Mihmihmih... Tapi xder apa yang menarik sangat pun kat zoo tu.. Binatang ada macam2 tapi setiap jenis tu ada sekor camtu jer.. Dan aku tengok kebanyakkannya macam xhepi jer. Macam xterurus pun ada. Nape ntah diorg.. Cian plak aku tengok..
Nota kaki 1 : alhamdulillah, anak aku aktif jer sepanjang hari tu macam biasa.. Harap2, xde apa2lah dia..
Nota kaki 2 : sorry sayang.. Ibu mintak maaf sangat2.. Tiba2 rasa macam failed jer jadi ibu bila anak dapat kecederaan. Sobsobsobs...
No comments:
Post a Comment