Sememangnya dari start aku dapat tahu nak dapat orang baru, aku dah berniat nak fully bf. dan alhamdulillah, selepas melahirkan memang susu sangat melimpah-ruah sampai baju seragam hospital aku basah lenjun.. Heeeee... Bersyukur sangat2 waktu tu... Awal2 bersalin, aku macam terlupa plak yang aku dah bersalin.. Ngeeeee... Yelah, dah anaknya xder kt sisi kan.. Campur lagi, doktor duk runsing BP aku yang xstabil2 lagi sampai diorg sendiri pun dah buntu dah nak buat apa.. Ubat dah sememangnya dos paling maksimum masa tu.. Korang bayangkan, dalam sehari aku kena telan lebih kurang 18biji sehari.. Belum campur lagi dengan ubat tahan sakit.. Dan sebenarnya salah satu jenis ubat tu, body aku xley nak terima tetapi aku cuba bertahan sebab setakat masa tu, ubat tu jer yang boleh buat BP aku agak menurun. So, aku "tipu sunat" jelah ngan doktor cakap aku okay.. (P/s : makan ubat tu yg buat aku makin poning.. Acane??? Cakap ngan diorg kalau xmakan ubat aku okay jer diorg xcaya..)
Awal2 pagi husband dapat kebenaran doktor tuk masuk tengok aku.. Alasan dia, doktor kat NICU nak susu.. Aku dah, "hah! Nak susu, camne nak buat ni???" Heeee... Bermulalah episod aku sebagai bf mommy.. Ececece... Tapi xdapatlah nak direct feedingkan.. Awal2 tu kekok jugak sebab xtahu nak buat camne kan. Picit punya picit memang xmoh kluar. Sobs.. Aku dah gelabah tahap apa dah.. Cian kat baby lapar.. Alhamdulillah, nasib baik doktor dengan nurse yang ada sangatlah membantu dan support bf. diorg yang ajar camne nak marmet.. Yang nurse tu ciap tolong urutkan lagi.. Dapatlah kuar cket susu yang awal tu.. Doktor cakap xpe, okaylah tu.. Dah sememangnya yang tu yang keluar.. Yang pertama kali keluar memang cket tetapi memang sangat penting tuk baby baru lahir.. Dan begitulah rutin harian inchik suami sepanjang aku kat wad.. Hantar bekalan susu daripada wad 3 ke NICU.. Tenkiu husband... Luv u!
Inchik suami orang yang paling kuat support aku.. Yer, memang ada up down aku untuk buat stok terutama bila aku dah ada kt rumah.. Yelah, maybe syndrom "dalam pantang" tu ada jugak kot cket2. Ntah, maybe sebab stress anak duk jauh, pastu stress xley kuar tengok anak, pastu stress xleh makan banyak2.. Stress kena marah sebab xduk diam. Sobs.. Dan Tetiba jer susu aku merudum.. Nak dapat 1oz pun menanges aku.. Macam2 dah aku buat. Doktor pun dah ciap bagi ubat untuk tambah susu, kata doktor memang normal terputus susu sebab baby xpenah suction. So, inchik suami pujuk hati aku ni, xmoh bagi stress2, doktor xkan biarkan baby lapar.. Diorg memang dah sediakan susu special diorang.. Aku pun pasrah jelah...
Aku yang dah sememangnya stress susu dah merudum, dah xleh nak buat stok banyak2 dah, dapat plak call dari hospital.. Baby aku xcukup susu sebab diorg dah tambah waktu menyusu dan jumlah susu, tambahan plak baby aku reject susu hospital.. Memang dia minum tapi lepas tu dia akan muntahkan balik susu tu.. Aku dah menanges dah bila dengar macam tu.. Dan aku tetap gigih mengepam hari demi hari walaupun kadang2 keluar angin jer lebih. Dari marmet, pam murah sampailah pam yang mahal kitorg beli.. Dan kadang2 pihak hospital terpaksa topup jugak susu diorng.. Sampailah baby aku dipindahkan ke SCN.. Alwayss alwayss sedapkan hati, susu hospital memang dah sememangnya khas tuk baby yang macam baby aku kan, xkan doktor sebarangan nak bagikan.. Hari2, doa dan tawakal semoga baby aku baik2 sahaja.. Aminnnn...
Bila dah rooming skali pun, masih tetap macam tu.. Doktor pakar pun dah bagi kebenaran tuk bagi fm. Tambahan masa tu berat baby aku drop sebab terlalu lama df.. Baby prem ni memang bila df dia akan menggunakan tenaga.. Banyak manalah tenaga yang dia adakan. Sampai kekadang baby tertidur bukan sebab kenyang tapi sebab letih menyusu. So, aku memang pasrah dah terpaksa bagi baby minum fm. Sampailah baby dah boleh discharged.. Aku tetap bf walaupun campur jugak fm cuma aku lebihkan bf sampailah sekarang usia dia dah masuk 10bulan ++.. Korang doakan aku mampu tuk bf baby aku sampai usia dia yang sepatutnya yer..
Pencarian susu fm.. Gambar ehsan dari Mr google.. Aku pakai susu ni.. Memang susu khas tuk pramatang. Dalam sehari aku cuma bagi 2x jer.. Yang selebihnya memang bf.. Kenapa aku pilih susu ni?? Sebab brand susu ni jer yang aku jumpa kat terengganu ni. So, nak xnak memang aku kena pilih susu yang ni jelah.. Memang agak mahal harga dia. Sobss, tetapi demimu anak kami sanggup...
Nota kaki 1 : aku sememangnya salute pada bf mommy..
Nota kaki 2 : susu fm bukan xelok, tetapi susu ibu tetap yang terbaik.. xdelah sampai nak mewarisi DNA lembu.. Kalau dah mewarisi, xkanlah digunakan sampai sekarang..
Nota kaki 3 : semoga baby aku tetap menjadi anak yang soleh xkisahlah susu apa pun yang dia minum.. Dan ibu sentiasa berusaha untuk kekalkan susu ibu untuk anak kesayangan ibu ni sorang..
No comments:
Post a Comment