Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah.. Boleh lagi sambung entry baru.. Kali ni nak kongsi pasal kehidupan dalam NICU.. Tak banyak sangat yang boleh aku kongsikan pun sebab yang banyak tengok anak kitorg adalah inchik suami sebab dia yang selalu duk ulang-alik hantar stok EBM.. Dari start aku duk dalam wad lagi, dialah penghubung antara aku dan baby..
Cerita dari inchik suami, setelah selesai operation, dia sendiri pun xsempat nk tengok baby lagi. Time tu, doktor hanya serahkan dokumen tuk pendaftaran kt dia. Bila dah setel semua barulah dia dibenarkan tengok baby kt NICU.. Yer, memang baby diletakkan dalam Inkubator atas sebab kelahitan pramatang.
Kelahiran pramatang ni adalah kelahiran bayi dibawah kandungan 36 minggu dan ke bawah dan kebiasaannya bayi pramatang ni berat dia dalam lingkungan 2kg dan kebawah.. Dan setahu aku, daripada pembacaan dan pengalaman yang dikongsi dalam group pramatang Malaysia [p/s: korang boleh join group ni : Bayi pramatang malaysia -(nicu)] bayi yang terkecil dilahirkan adalah seberat 495gram.. Dan daripada pengalaman aku sendiri bayi yang paling kecik aku pernah tengok adalah dalam 800gram ++, xsure sangat dia lahir brape minggu tapi lebih kurang dalam 25-26 weeks camtulah...
Alhamdulillah, baby aku lahir cukup sifat, sihat dan sangatlah aktif walaupun sangat kecik.. Sangatlah aktif sampaikan duk dalam inkubator pun asyik jatuh kebawah jer.. Tu belum lagi sampai tangan kena ikat. Heeee... Alhamdulillah, syukur sangat sebab baby aku xder banyak masalah melainkan xcukup berat dan lain2 masalah yang biasa bagi bayi pramatang. Inchik suami pun ada cerita, baby kitorg hanya dipakaikan oksigen dalam 1hari ++ camtu jer then dia dah pandai bernafas sendiri.. Dan pemakaian oksigen yang terlalu lama jugak akan memberi masalah pada bayi sebenarnya.. Bagi baby aku, dia hanya bermasalah bagi berat yang kurang, prolonged jaundis dan premature anemia.. Prolonged jaundis pun kejap jer. Doktor hanya sempat pasangkan lampu dalam 3jam lebih camtu jer. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah....
copy shared dari group baby premature malaysia - nicu |
Ni adalah antara wayar-wayar yang ada. Baby aku cuma dipasangkan wayar tuk monitor oksigen, temperature, blood pressure dan jugak tube feeding.. Tube feeding ni ada yang dipasang sampai ke perut tapi baby aku hanyalah sampai di lidah sahaja sebab dia dah pandai tuk suction sendiri.
Setelah 4hari aku dalam PE room akhirnya aku dipindahkan ke wad biasa.. Hepi bukan mainlah masa tu. Inchik suami lagilah sebab dia dh boleh tengok aku time melawat. Dan kat HSNZ jugak, husband boleh dibenarkan masuk xkira waktu atas budi bicara guard kat citu tetapi sekejap jelah.. Xlehlah nak duk lepak ke, borak2 ker.. Sekadar nak jenguk sekejap, hantar makanan, amek stom ebm camtulah.. Tapi bolehlah lepas rindu kan. Heeeee... Setelah 4hari jugak barulah aku dapat jpe baby. Teringin sangat time tu bila dengat katil sebelah nak g tengok baby diorg. Masa kat PE room memanglah xdapatkan.. Mintak inchik suami tanyakan nurse, awal2nya nurse xbagi aku gerak mana2. Frust jugaklah masa tu.. Tapi redha jelahkan.. Inchik suami pun xdelah memaksa sangat.. Sobs.. Tapi kemudian nurse datang bagitau aku boleh nak pegi tengok baby dengan syarat jaga diri elok2, kalau pening terus balik wad. Tenkiu cik misi!!!!
Pes time tengkok baby, agak sayu jauuuuhhhhh di sudut hati. Tapi aku xlayan sangat perasaan tu. Kecik yang amat.. Hehehe.. Kaki masih lagi merah2, dahi pun masih lagi penuh ngan rambut.. Yang pasti kakinya asyik bergedit2.. Ooohhh.. Patutlah dalam perut sokmo rasa gedit2.. Kaki dia gerak camtu rupanya.. So, boleh bayangkan dalam perut dia macam mana.. Dengan mulutnya yang dimuncung2kan.. Heeee... Bila panggil, terus dia bukak mata. Allahuuuu... Besarnya kuasa Tuhan... Dan dia sambung tido balik bila kitorg cakap dah nak balik.. Thats my little boy, kecik2 dah pandai.. Alhamdulillah....
Dan kali ke2 aku boleh jupe baby time aku dh boleh discharged.. Dah lewat petang dah masa tu.. Nasib baik kt cini bila2 masa jer boleh masuk... Still, aku tengok dari luar cermin jer.. Tp kali ni dah kena alih kat bahagian lain.. Tu yang inchik suami cakap, masa mula2 baby kena alih kat tempat lain, berpusing dia cari anak dia xjupe. Huhuhuhu... Last2, tnya nurse mana ada dia.. Rupa-rupanya dah kena alih kat bahagian tengah sebab dah ada perubahan positif cket.. Alhamdulillah... Oleh kerana dah lewat petang, sempatlah tengok kejap jer.. Xpelah, jadilahkan walaupun sekejap. Bila cakap ngan nurse kat citu ibunya dah boleh discharged, terus diorg offer nak stay kat NICU skali ke x. Tapi terpaksa aku refuse sebab nak rehat kat rumah.. Tambahan lagi, hanya aku jer yg boleh stay dalam tu. Rasanya kalau boleh stay skali ngan inchik suami, harus aku stay kot.. Dan memandangkan, jikalau stay pun, bukan bersama dengan baby.. Tapi bolehlah nak datang jenguk baby setiap masa. Lagi2 waktu tu, syndrom "parkinson" aku ada lagi.. Macamana nak urus diri, nak jenguk anak lagikan. Xtahan aku nak bersejuk lama2 dalam hospital.. Sorry baby ibu... Ibu kurang sihat tuk teman awk lagi waktu tu.. Ibu mintak maaf yer sayang...
my little son is fighting... 13days in inkubator.. |
Ni jer satu-satunya gambar yang ada.. Amek pun curi-curi.. Sebab kt HSNZ xdibenarkan tuk amek gambar. Inchik suami amekkan ni sebab tuk bagi aku tengok.. Yelah, aku kan masih lagi berpantang waktu ni.. Time ni aku dah discharged, balik pantang kat rumah. So, org tua2 xbagi kuar rumah.. Ni lah pengubat rindu aku time ni.. Sobs..
Nota kaki 1 : waktu melawat di NICU adalah 24jam tetapi hanyalah untuk parents sahaja.. Boleh nak duk berapa lama pun yang kita nak.. Nak datang tetengah malam pun boleh..
Nota kaki 2 : nurse kt sini sangat2 membantu. Korang tanya jelah apa pun yang korang nak tahu. Diorg sangat2 mesra pesakit. Dan file rawatan pun memang akan sentiasa ada kat citu. So, xdapat nak jupe nurse pun korng boleh baca report diorg tapi korang kena tererlah baca tulisan doktor. Mihmihmih...
Nota kaki 3 : bila fikirkan balik, ada hikmah disebalik semua ni... Baby bagi aku peluang untuk rehatkan diri sepenuhnya tuk aku sihat sepenuhnya sebelum dia balik rumah tuk aku jaga dia..
No comments:
Post a Comment