Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... Pembedahan aku semuanya selamat.. Yup, sepanjang berada dalam bilik bedah macam-macam yang aku fikir.. Dahlah memang keseorangan, husband xdibenarkan masuk.. Dengan duk teringat nurse kt ICU duk borak pasal ada ibu yang xsedarkan diri selepas bersalin.. Memanglah berjuraian airmatakan.. Dengan memang terkejut sebab kena bersalin on the spot.. Untunglah sesiapa yang boleh bersalin normal sebab boleh ditemani husband semasa proses melahirkan. Tetapi alhamdulillah, Allah permudahkan untuk aku.. Semuanya berjalan dengan lancar...
Hari dah hampir lewat petang. So, nurse pun mintak inchik suami keluar solat asar dulu sebab jap lagi aku dah nk kena tolak masuk bilik bedah. Takut xsempat. Sempat lagi aku pesan kat inchik suami, jangan tinggalkan aku lama-lama sangat. Sobsobsob... Nasib baik nurse tu baik hati dan memahami. Sempatlah borak-borak. Dia sendiri pun cakap dia pun akan nebes jugak kalau duk kat tempat aku lagilah sebab dia tahu macam mana keje diorang..
Okay, masuk sorg MO cakap dah sampai waktu kena tolak masuk bilik bedah.. Makin xkeruanlah aku jawabnya.. Huuuuu... Nurse pun bagi aku minum ubat, ada orang cakap xbest ubat tu tapi aku telan jer sebab memang dahaga sangat2. Time ni badan aku dah sejuk yang amat. Siap gigil2 lagi.. Belum lagi asyik nak muntah jer.. Katil ditolak sampailah depan bilik bedah.. Inchik suami boleh teman sampai sini jer.. Dah siap salam mintak ampun semua, aku pun ditolak masuk ke bilik bedah.. Masa tu aku xfikir apa2 dah. Pasrah dan hanya nak setel semua cepat2 sebab memang aku dah xlarat sangat2 waktu tu..
Di bilik bedah...
Aku yang sememangnya kesejukan melampau, terasa macam duk kt gunung everest plak.. Ecece.. Macam pernah pergi jer kan.. Memang sejuk yang amat sampai aku pun dah gigil2 seluruh badan.. Bila dh sejuk macam tu, nurse pasangkan apa entah bawah selimut.. Selimut dahlah berlapis-lapis. Tapi memang alat tu agak menyamankan.. Heeee....
Sepanjang proses pembedahan, apa yang paling menyakitkan adalah saat dibius. Sakit wooo... Bukan nak menakutkan tapi sememangnya kenyataan. Walaupun aku xsempat nak merasa rasa sakit contraction yang biasa ibu-ibu bersalin selalu cakap sakit yang amat, tapi sakit dibius tu memang yang amat jugak.. Lagi sakit daripada kena cucuk untuk matangkan paru-paru baby.. Seingat aku, aku kena cucuk sebanyak 2kali.. Dibius separuh sedar.. Sebelum dibius, doktor pakar bius dah masuk macam-macam wayar kt lengan aku kiri dan kanan.. Sampai satu tahap, tangan aku pun dah refuse dah dengan jarum.. So, terpaksalah diorg buat yang lain. Sobs.. Menahan sakit jelah aku time tu.. Mulut memang xlepas dari segala bacaan yang terlintas kat kepala aku time tu.
Alhamdulillah, nurse-nurse dalam tu agak memahami. Time doktor pakar bius masukkan ubat bius, diorang bagi bantal untuk dipeluk.. See, mereka sememangnya tahu sakit bila dibius.. Didudukkan atas meja bedah dalam keadaan duduk dan kaki belunjur kehadapan sambil memeluk bantal dan ada nurse yang sudi pegangkan tangan aku.. Dibiarkan seketika, pastu doktor uji kekebasan kaki aku sampailah aku xdapat nak angkat kaki dengan sendirinya barulah pembedahan dimulakan..
Pembedahan bermula...
Doktor pakar bius berada sebelah kepala kiri aku manakala sorang nurse berada sebelah kanan aku. Sempat doktor pesan kalau rasa sakit terus cakap kat dia sebab kalau dah rasa sakit, aku terpaksa dibius penuh. Aku xnampak rupa doktor yang bedah aku, tapi aku dapatlah dengar suara macam doktor perempuan. Xterasa pun perut dihiris, tapi terasalah semacam perut digolek2.. Boleh plak doktor tu suruh aku tidur, macam mana nak tidur dalam keadaan macam tu kan.. Duk rasa perut digolek2, aku pun terdengatlah sayup2 suara baby nanges.. Dalam hati aku, duk tanya, "anak sapelah yang nanges tu". Last2 bila tanya nurse, doktor buat apalah tu, nurse cakap anak aku dah selamat keluar, yang tengah nanges tu anak akulah.. Alhamdulillah.. Baby boy.. Tapi diorang xboleh nak tunjuk kat aku sebab terlampau kecik dan xcukup bulan.. Sekejap jer dapat dengar, doktor pakar kanak-kanak dah bawak keluar dah.. Nurse hanya bagi aku lihat tag nama baby jer.. Warna biru.. Ada nama aku then ada tulis baby boy.. Tag nama yang sedia ada kat lengan aku kena tukar yang baru. Nurse siap gelakkan lagi bila tengok tag nama aku.. Hiuhiu...
Ni inchik suami punya kerja.. I know sayang.. Awk buat ni sebab nk hiburkan sayakan.. Love u my darling.. Rupa-rupanya Tag nama yang sedia ada tu nurse tolong simpankan.. Ingatkan dah kena buang sebab dia tanya tag tu nak lagi ke x. Tenkiu cik misi!!!
Akhirnya dah siap semua.. Aku dibawak keluar dari bilik bedah, tapi dibiarkan sekejap kat luar tu dalam setengah jam.. Masa ni still lagi xrasa apa2, kaki pun xley bergerak lagi sebab ubat bius masih kuat lagi.. Tapi memang xdibenarkan untuk angkat kepala, apatah lagi untuk bergerak.. So, teringat pesan member aku yang bersalin ceaser jugak, jangan angkat kepala sebelum 6jam selepas operation, kalau x, nanti akan sakit kepala yang amat sakit dan xder ubat untuk sakit kepala tu. Dan sememangnya doktor pun dah pesan siap-siap sebelum operation tadi..
Cukup setengah jam, aku ditolak masuk balik ke PE room a.k.a bilik gelap... Dapatlah jupe inchik suami sekejap. Tu pun dah lewat sangat.. Dalam hati nak sangat dia teman, tapi apakan daya. Sobs.. Tapi malam tu memang aku langsung xdapat nak lelap.. Memang sangat2 xselesa.. Seksa jer rasa nak tunggu cukup 6jam.. Dengan tidur tak berbantal.. Macam-macam soalan aku tanya kat nurse dan setiap setengah jam mesti aku mintak air.. Heeee... Layanan special jugaklahkan sebab nurse siap tolong suapkan sekali.. Itulah antara kelebihan duk kat PE room berbanding wad biasa.. Lagipun masa tu memang tangan kiri kanan aku still penuh ngan wayar + aku dipakaikan oksigen..
Paling yang aku xberapa suka masa ni :-
- xboleh nak bergerak sangat bila dah abih ubat bius. Bila dah bangun, nak baring balik agak sakit dibahagian perut.. Macam tu jugak bila dah baring pastu nak bangun, memang perit.
- dahlah perit nak bangun, nak baring... Kena plak duk mengiring kanan, pastu mengiring kiri sebab kena amek bacaan BP setiap jam dan kadang-kadang hampir setiap setengah jam. Memang aku lasak camtu jer.. Sobs
- sehari-hari aku atas katil jer sebab wayar kencing still lagi xley dibuka sampai hari ketiga seingat aku.. Tu pun sebab aku dh boleh pindah ke wad biasa. Dan sepanjang 3 hari tu memang aku xmandi langsung... Inchik suami jer yang tolong basahkan muka aku.
** hari keempat barulah balutan plaster pada tempat jahitan dibuka. awal2 aku xberani pun nak pandang. Sobs.. xpelah, buruk pun buruklah, sekurang-kurangnya aku ada tanda melahirkan.. (^_~)
Akhirnya.. Masuk hari keempat, aku dah boleh dipindahkan ke wad biasa... Hoyehhhhh... Alhamdulillah... Inchik suami yang paling excited sebab dia cakap dah boleh tengok aku waktu melawat.. Yelah, kt PE room tu xder waktu melawat.. Boleh masuk dengan keizinan dari doktor jer... Aku pun lega, sebab kalau kat wad biasa, sekurang-kurangnya aku xdelah duk sorang2.. Stress wooo duk sorang2...
Sekarang, walaupun dah lebih kurang 10bulan lebih dah aku operate, tp still rasa ngilu kat tempat jahit dan dalam perut lagi2 bila aku "teruja" mengemop lantai.. Lagilah kalau nak angkat benda2 berat yang lainkan.. Nak duk meniarap pun belum agak berani sebab still boleh rasa tegang kt bahagian perut. Tangan pun dah sakit2 kesan terlampau banyak kena cucuk ngan jarum dan sengal2 kat tulang belakang kesan akibat kena cucuk bius.. Sobsss... Siapa cakap untunglah bersalin ceaser sebab xrasa sakit???
Nota kaki 1 : hanyalah coretan tuk bacaan aku di masa hadapan...
Nota kaki 2 : terima kasih yang tak terhingga tuk semua doa kalian.. Terima lasih tuk seme sedara-mara, ipar-duai yang sanggup datang time tu walaupun xdapat jupe.. And for my luvly husband, i know you were crying that time.. Thanks for those time sayang.. Love u lotssssss....
No comments:
Post a Comment