Excited sangat bila nurse call tnya bila nak datang tengok baby.. Doktor mintak buat kangaroo care sebab nak bagi berat cepat naik. Excited sebab akhirnya ada jgk alasan nak kuar rumah nak tengok baby. Heeeee.. Pertama kali boleh peluk baby.. Pertama kali berani sentuh baby.. Hepi kepalang.. Bahagia sangat2 jer rasa.. Walaupun masa tu belum boleh bertahan sangat berada dalam hospital, tapi cuba kuatkan jugak semangat tuk bertahan sekurang2nya 1jam.. Masa peluk ni dapat dengar suara baby merengek-rengek.. Alahai meruntun jiwa.. Rasa nak bawak balik terus.. Tapi sebab terlampau kecik, aku sendiri pun xberani nak angkat.. Semenya nurse yang tolong buatkan.. Heeee...
Kangaroo care ni sebenarnya lebih kurang macam skin-to-skin.. Sebab dia menggalakkan sentuhan kulit ke kulit antara kita ke baby.. Antara sebab kena buat kangaroo care ni sebenarnya adalah untuk kenalkan baby pada parents dia.. Biar baby boleh rasa dan bau serta kenal siapa parents dia.. Antara kelebihan2 dia jugak, dia boleh bantu untuk stimulate susu ibu.. Selain tu jugak boleh membantu menaikkan berat badan baby. Sebab tu agak penting buat kangaroo care ni bagi bayi pramatang..
Kat HSNZ ni dia xder ruang khas tuk parents buat kangaroo care, dia jugak hanya galakkan untuk ibu2 sahaja, mungkin atas kekurangan kemudahan kat situ kot.. Tapi kali ke2 aku buat, dapatlah inchik suami temankan kat sebelah. Sebab aku takut sangat pening2 waktu tu.. Dapatlah inchik suami picit2 anak dia.. Heeeeee....
Cuma stu jer yang kena pastikan setelah selesai buat kangaroo care.. Pastikan balik suhu dalam inkubator tidak terlalu panas.. Cian baby nanti kepanasan plak. Aku pun xtahu camne boleh jadi camtu.. Maybe sebab bila dh inkubator ditinggalkan kosong, suhu kat dalam tu secara automatik boleh berubah...
Gambar kecik yang kat bawah tu dah montel dah.. Aktif yang amat.. Alhamdulillah....
Yang ni baby dh besar dh.. Lepas discharged, hari2 aku buat. Biasanya lepas subuh.. Memang lena betul dia tido.. Ibunya pun lenalah skali.. Mihmihmih... Tapi sekarang dah xmampu dah nak buat.. So, kekadang dia buat2 manja camnilah, tapi kat abah jelah sekarang.. Sebab ibu dah sesak nafas dh nak letak lama2 atas dada.. Heeeee....
No comments:
Post a Comment