Tuesday, August 16, 2011

JOM KITA SAMA2 FAHAMI KITARAN HAID

Assalamualaikum w.b.t 

Entry kali ini aku nk kongsi ngan korg psl kesihatan kita. Terutama yg pmpn.. yelah, kitaran haid yang betul amat pntg tuk kte yg kaum pmpn ni.. klu xteratur, thats mean ada mslhlah tu.. yang aku terlintas tuk search maklumat mengenai perkara ni sbb tetiba jer aku rs kitaran haid aku xbrapa bek.. tp dh alang2 search, bek aku kongsikan sekalikan... coz sharing is caring... muahahaha.... k, ni antara jwpn yg aku dpt drp pakcik google.... 

Aku akan cuba permudahkan tuk bagi korg faham yerk.. agak payah jgklah nk fhm, lg2 bila dh pki bahasa ‘standard’kan.. 

Kitaran haid wanita yg normal berlaku setiap bulan dan secara puratanya 28-30 hari setiap bulan bebrbeza bagi setiap org. Berbeza kt cn maksudnya akan ada yg kitaran haid 25 hari dan ada jgk yg lmbt smpi 35 hari.. kt cn aku tlg copy & paste kt korg fasa2 lam kitaran haid yg normal : 

Hari 1-4 
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13 
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. 

Hari 14 
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim. 

Hari 15-28 
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. 

Mesti korg agak peningkan nk bc fakta2 kt atas tu.. k, aku terangkan serba sedikit.. camni, fungsi kitaran haid ni adalah merangkumi proses penghasilan ovem a.k.a telur yg dh matang dari ovari. Korg thukan ovari tu apa?? Klu xthu ni aku tunjukkan gbr dia.. sila tgk gbr kt bwh ni yerk... 



K, dh thu dh? Then, akan terbentuk satu lapisan dlm ovari a.k.a rahim ni dimana tujuan lapisan ni adalah untuk ‘penempatan’ embrio’.. embrio ni klu lam bahasa xbrape nk standard ialah janin yg baru nk terbentuk.. tp klu tidak berlaku persenyawaan, maka ovum a.k.a telur ni akan dibuang bersama2 lapisan tersebut melalui faraj.. tp, klu berlakunyer persenyawaan, brulah terbentuknya embrio tu, so, xkan berlakulah haid selama 9bulan... klu nk lg jelas, korg ley tgk jadual dibawah... jadual ni contoh perkiraan haid yg normal & teratur... 



Tapi ada gak sesetngah wanita yg mengalami mslh haid yg xteratur, means ada gangguan menstruasi. Antara sbb2nya adalah...: 

1) STRESS 
2) NEW CYCLE ( budak-budak perempuan yang baru sahaja datang haid..belum lagi teratur kitarannya) 
3) TERLALU BANYAK EXERCISE (kalau terlalu bayak exercise boleh menyebabkan havoc dalam sistem badan ni) 
4) SISTEM PEMAKANAN YANG TAK BETUL / DIETARY PROBLEM
- boleh disebabkan oleh kekurangan nutrition dlm badan 
- atau pun mereka yang mengalami BULEMIA atau ANOREXIA 
5) PEMIKIRAN DAN EMOSI ( yang ni mungkin berkaitan ngan stress or tekanan jugaklah) 
6) PREMENOPAUSE ( dh dlm proses menopause) 


Point 1 : jgn berdiet... hahaha... ;p 
Point 2 : kena amik berat dh psl kitaran ni, sbb blh mendatangkan mslh jgk klu kitaran dia xnormal... 
Point 3 : nnti aku akan smbg plak ngan entry ‘ISTIHADAH’.. sbb tu termasuk & berkaitan ngan haid jgk.. terutama kita ni org islam.. penting tuk tahu seme tu... 



2 comments:

  1. citer psal kitaran haid.... aku smpai skang xuzur2 ag.. n the result is.....positive.. huahuahua....

    ReplyDelete
  2. hahahaha.... tu r mg.. hari tu jelez ngan uz.. ni mg plok... hehehe...

    ReplyDelete