Sunday, August 14, 2011

kenangan...

assalamualaikum w.b.t....

xder apa pun aku nk tulis.. juz tetiba jer terasa nk kongsi.. td ngah mencari-cari sesuatu.. tetapi terjumpa sesuatu.. duk belek-belek file sijil2 aku, terpandang fotokopi sijil aku yg telah disahkan oleh seseorg yg penah sesangat-sangat bermakna lam idup aku... langsung jer seme kenangan tu msk satu persatu la minda aku.. mcm men filem plak... hadoiii... camne dh dia skrg nim ek.. mesti ngah bahagia merancang perkahwinan yg xlm lg dh tu.. hurmmmm... ttp xley lpekan seme kenangan tu.. =((

*p/s : motif cari sijil2 yg dh setahun xdipandang??? korg agak2 apa? hehehe...

point 1 : setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...
point 2 : kita akan selalu dikecewakan apabila kita terlalu mengharap pd manusia.. tp kita tidak akan sesekali dikecewakan andai kita mengharapkan pada pencipta kita, ALLAH s.w.t (stanza cinta)


Kerana hidup ini adalah untuk ALLAH,

Bukankah bila ALLAH mencintai kita, ALLAH menjadikan semua dan setiap yang ada di bumi jua langit agar menyayangi kita…?

"Sesungguhnya apabila Allah Taala mencintai hambaNya, maka Dia akan memanggil malaikat Jibril alaihissalam seraya berkata : 'Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan, maka cintailah dia.' Dan si Fulan itu juga akan dicintai oleh Jibril alaihissalam. Maka Jibril alaihissalam pun menyeru ke langit seraya berkata : 'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan!! maka cintailah dia'..., dan dia juga akan dicintai oleh penghuni langit,dan dia juga akan dicintai oleh penghuni bumi. "Tapi…Jika Aku murka terhadap seorang hamba itu, Maka akan dipanggil pula Jibril alaihissalam dan berkata : 'Sesungguhnya Aku memurkai si Fulan, maka bencilah dia.' Dan orang itu juga dibenci oleh Jibril alaihissalam. Lalu Jibril alaihissalam pun menyeru kepada penghuni langit seraya berkata : 'Sesungguhnya Allah memurkai si Fulan!!' Maka dia akan dibenci, juga dibenci oleh penghuni langit, dibenci juga oleh penghuni bumi.

(Riwayat Imam Muslim)

No comments:

Post a Comment