Monday, January 14, 2013

aktiviti berleter a.k.a MEMBEBEL

Assalamualaikum wbt....

hurmmm.... berleter a.k.a membebel ni dh jd sinonim bg kaum wanita terutamanyer yg dh bergelar isteri dan ibu. ye ke?? tapi aku xberapa menggemari pada org yang membebel ni lg2 yg sekecik-kecik perkara pn nk membebel jgk... huhuhu.. okay, jom kita dalami maksud berleter ni (rujukan dibuat drp sesetengah blog, byk jgk yg meluahkan atau menulis mengenai membebel ni... )
Tabiat suka berleter sebenarnya banyak berpunca daripada perasaan tidak senang ataupun tidak puas hati seseorang pada sesuatu perkara ataupun seseorang yang lain. Ia adalah manifestasi atau cara luahan atas sebab ketegangan jiwa yang dihadapi. Oleh itu, berleter dapat didefinasikan sebagai satu cubaan seseorang bagi meluahkan perasaan dengan cara mengungkit-ungkit ataupun membongkar semula kelemahan, keburukan ataupun kesalahan seseorang secara berterusan, bertubi-tubi dan bertulang-ulang kali.
Isu yang dibangkitkan dalam sesuatu leteran biasanya berpunca daripada perkara yang terjadi pada hari itu dan dikaitkan dengan peristiwa yang sudah lama berlaku. Peristiwa lama ataupun kemarahan memang sudah lama dipendamkan, hanya menunggu sebab untuk dilepaskan.
blh tahan jgk kebaikan membebel ni... yer, membebel ni blh dikatakan jugak salah satu terapi or cara bg seseorang tuk melepaskan ketegangan perasaan, gangguan perasaan dan jugak ketidakpuasan hati seseorang yg diluahkan secara zahir. namun, bagi aku lah kadang2 membebel ni sgt2 blh mendatangkan keburukan kpd org lain.. terutamanya apabila "isi" yg dibebelkan itu masuk ke telinga org yg xsepatutnyer ataupun org yg xberkaitan.. sakit sgt rsnyer... blh cair kot tahi telinga ni.. kdg2 blh jgk merosakkan mood, tp pun lg teruk blh menyebabkan migrain. dan kdg2 blh jd psiko kpd yg len.. sape mahu tahan wooo asyik dgr org membebel.. ishhh.. ishhh... ishh... so, kesan dia agak buruk jgklah.. apakata klu nk membebel tu bebellah kt tempat yg xder org.. hehehe....
Sebenarnya, dalam ilmu Psikologi,istilah membebel/berleter adalah merupakan salah satu bentuk penderaan mental dan emosi terutamanya bagi kanak-kanak. Maka, jika seseorang ibu atau bapa kerap berleter, mengulang-ngulang arahan/amaran yang sama secara berulang kali, mereka sebenarnya telah mendera mental dan emosi anak -anak mereka..
hah, kan dh ckp.... kdg2 blh jd salah satu cara penderaan mental dan emosi.. bkn setakat tuk kanak-kanak... kita yg dh tua ni pun blh terdera mental dan emosinyer klu dh asyik dgr org membebel.. sbb tu pernah ada kes yg suami menceraikan isterinya kerana xtahan isteri asyik duk membebel jer 24/7. hurmmm.. sape nk tahankan... dh mcm radio kut... hahahaha....

Realiti

Realitinya, orang yang berleter beranggapan itulah cara terbaik bagi menarik perhatian individu yang dileterinya terhadap perkara yang cuba diketengahkan. dan kadang-kadang juga dianggap salah satu cara untuk menarik perhatian orang disekelilingnya terhadap apa yang cuba diketengahkan dan disampaikan. Umumnya, wanita sering kali dianggap sebagai ‘kaki leter’ yang hebat. Di rumah, suami dan anak-anaklah yang menjadi sasaran utama leteran.

Isteri perlu mengikis dan menyingkirkan sikap buruk ini kerana leteran tidak membawa kesan yang diharapkan, malah membawa beberapa kesan negatif, antaranya :

1. Leteran menjatuhkan maruah wanita itu sendiri
2. Leteran yang berterusan menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak sampai ke sasaran.
3. Leteran yang diharapkan dapat menyampaikan mesej dianggap oleh suami sebagai tidak penting bagi dibincangkan dengan lebih mendalam.
4. Leteran yang diamalkan secara berterusan, boleh menyebabkan wanita itu menjadi pelatah di kemudian hari.
5. Leteran yang sering dilakukan akan menudarkan keharmonian dalam kekeluargaan.
6. Leteran yang ditujukan kepada suami secara bertalu-talu dan kerap boleh menyebabkan suami berasa bosan dan mungkin mencari jalan kelaur dengan cara meninggalkan rumah ataupun mencari orang ketiga bagi meluahkan perasaan bosan, kecewa, marah yang terpendam.
7. Leteran yang menyebabkan suami menjauhkan diri daripada berdepan dengan isteri, menyebabkan si isteri terus memendam rasa ataupun bercakap sendirian kerana sasaran leterannya tiada.

keburukkan leteran atau bebelan ni juga bkn hanya boleh berlaku terhadap hubungan suami isteri, hubungan kekeluargaan.. tapi juga blh merosakkan hubungan persabatan.. kadang-kadang tabiat ini blh terbawa-bawa ke pejabat. yer, apa kes, hal suami sampai ke pejabat pun nk berleter kan.. hurmmm.... then, yang jadi mangsa menahan telinga adalah rakan sepejabat. xpatutlah kan...

okay, ni antara cara-cara atau panduan yang boleh aku kongsikan :

Panduan menjauhkan tabiat berleter

1. Bergaul dengan orang yang berhemah tinggi.
2. Mempelajari dan mengambil contoh sikap yang baik.
3. Berbincang bagi menyelesaikan masalah.
4. Sentiasa berfikiran positif.
5. Sentiasa bertenang dan bersabar.
6. Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan suami.
7. Sentiasa mengingatkan diri mengenai keburukan tabiat berleter.
8. Merapatkan jurang komunikasi dengan suami.
9. Menyelesaikan masalah secara sistematik.
10. Marah perkara yang betul sahaja.
11. Berhati-hati semasa menegur suami.
12. Jangan berdendam dengan suami.

so, kesimpulannya.... berhati-hatilah utk membebel... jauhi sikap membebel sebab membebel tu adalah xbagus untuk org sekeliling kita. apa-apa pun belajarlah tuk menjadi org yang sabar.. sabarlah ubat segala-galanya... 


nota kaki 1 : Ya Allah, jauhilah aku drp sikap ske membebel ni... amin....

kebanyakan sumber maklumat adalah diperolehi disini : http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/perihal-aktiviti-berleter-aka-membebel.html

2 comments:

  1. Kak. Mak sy suka bleter hal kecik je, kitaorg ska arahan sekali je,Xpyh hurai2, tapi,mak sy Klu suroh wat satu benda, mak sy bleter smpai ungkit mcm2. End up,adik sy kpla angin mrajok. Padahal,adik sy akan buat benda yg dsuruh tpi ambul masa. Mak sy pon melenting,marah. Xtahu la mcm mna nk kisahkn ke mak sy ni.

    ReplyDelete
  2. Bila ibu sudah tiada pasti kalian akan merindui leteran ibu yang menyebabkan riuh dan hidupnya rumah ......

    ReplyDelete